Universiti Ubudiyah (UUI) Banda Aceh Melawat UUM

Kedah- Malaysia| Pada 2 Mac 2015, rombongan akademik dari Universiti Ubudiyah (UUI) Banda Aceh telah melawat UUM.  Rombongan UUI telah diwakili oleh Bapak Jurnalis J. Hius, Wakil Rektor 3 dan Bapak Ferdi Nazirun, Pengarah Kolaborasi Akademik Antarabangsa. Rombongan ini adalah merupakan lawatan balas promosi UUM ke Banda Aceh pada Disember 2014 yang lalu.

Rombongan UUI ini telah disambut oleh Pengurusan COLGIS, Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS), Pusat Kerjasama dan Hal Ehwal Antarabangsa (CIAC) UUM, Pusat Pembangunan Pelajar dan Alumni COLGIS dan pihak Anjung Tamu. Rombongan ini telah membuka ruang perbincangan antara UUI dan UUM terutama dalam mengikat perjanjian persefahaman yang akan diadakan kelak. Antara perbincangan yang dibincangkan adalah menjalankan aktiviti mobiliti berkredit dan tidak berkredit, praktikum, program double degree, penganjuran seminar bersama dan lain-lain. (Universiti Utara Malaysia- Website : http://soisuum.edu.my/ )